hello

Monday, 11 April 2016

Yose Rizal Pride of The Malay Race : How Come ?



“Melayu “ dalam kosakata internasional lebih dikaitkan dengan negara Malaysia, dan seringkali dikaitkan dengan agama Islam dan kalangan kaum bangsawan (raja-raja), padahal kesadaran kebangsaan “Melayu Raya” bermula dari kalangan masyarakat awam di Philipina, di daerah beragama Katolik dan dari seorang berketurunan “Tionghoa” Philipina bernama Yose Rizal.

Ketika Nusantara ditaklukkan Portugis dan Spanyol yang bermula dari penaklukan Malaka tahun 1512, kesadaran kolektif “Melayu” digalang oleh kalangan terpelajar hasil didikan penjajah (kolonial) di Nusantara, baik di Singapura, Batavia ataupun Manila. Kalangan Raja di Nusantara baik Raja Johor, Raja Yogyakarta, Raja Bone lebih berkonsentrasi mengamankan Wilayahnya dari gangguan perang saudara, tidak ada rasa kebangsaan “melayu”, yang ada hanya semangat kedaerahan. 

Ketika  kalangan awam melayu terkebelakang, kalangan terpelajar di Philipina telah mengenal Eropa dan telah menyebar ke seluruh masyarakat awam,  karena itu dapat dikatakan waktu itu kalangan kaum nusantara masih terkebelakang dan sedikit sekali yang berpendidikan, dan melayu yang berpendidikan rasional dan global hanya di Philipina. Kemajuan pendidikan Philipina ini terbukti, sekarang lebih banyak sarjana dan yang mengerti bahasa Inggris di Philipina dari negara di Nusantara lainnya.

Di Filipina, banyak orang Filipina menganggap istilah "Melayu" merujukkan pada penduduk asli negara dan juga penduduk negara jiran seperti Indonesia, Malaysia, Singapura. Tanggapan salah ini adalah sebahagiannya oleh kerana ahli antropologi Amerika H. Otley Beyer yang bercadangkan bahwa orang Filipina adalah sebenarnya orang Melayu yang berhijrah dari Malaysia dan Indonesia. Istilah ini dalam gilirannya disebarluas oleh para sejarawan Filipina dan masih diajari dalam banyak sekolah. Meskipun, konsensus yang ketara di kalangan ahli antropologi sezaman, ahli arkeologi, dan ahli bahasa sebenarnya mencadangkan yang terbalik; yaitu bhawa nenek moyang orang Austronesia Malaysia dan Indonesia telah terdahulunya berhijrah ke arah selatan dan barat dari Filipina sewaktu zaman prasejarah dari tempat asalnya di Taiwan.


Pemerintahan Gereja menjadi faktor keterpelajaran masyarakat Philipina. Gereja melaksanakan pendidikan dan mempunyai kuasa di Philipina, sebagian dari kalangan terpelajar dari Gereja ini lahirlah orang yang memberontak kepada Gereja dan kapada Pemerintah Spanyol sendiri-yang merupakan pimpinan tertinggi Gereja Spanyol-. Salah satu yang pertama memberontak dari kalangan awam, atau saat itu disebut dari kalangan “Melayu” adalah Yose Rizal.

José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda (19 Jun 1861,Calamba, Laguna - 30 Disember 1896, Bagumbayan, Manila) adalah wira kebangsaan Filipina. Beliau adalah seorang yang berbakat. Selain daripada menjadi seorang doktor, beliau juga merupakan ahli seni pahat, penyair, penulis drama dan pengarang novel. Beliau boleh bertutur dalam bermacam-macam bahasa: Tagalog, Melayu, Cina, Arab, Ibrani, Inggeris, Jepun, Sepanyol, Itali, Portugis, Latin, Perancis, Greek, Russia, Sanskrit dan dialek-dialek Filipina yang lain.


Organisasi Liga Filipina

La Liga Filipina adalah usaha yang paling signifikan dan jauh jangkauannya dari Rizal di pembangunan bangsanya, The indios, sebuah negara ia mengusulkan, bisa tidak hanya asli Filipina, tetapi juga warga negara Filipina.

La Liga adalah organisasi pertama dalam sejarah Filipina untuk "menyatukan seluruh Nusantara" dan menciptakan "kompak dan homogen" masyarakat dari masyarakat suku tua dari provinsi Batanes ke provinsi Sulu, berdasarkan kepentingan bersama dan "perlindungan bersama."


Konsep Rizal nasionalisme dan bangsa didasarkan pada loyalitas kepada nusantara, tidak ke Spanyol. Dan tuntutan yang kaku: kesetiaan tidak egois, bertanggung jawab dan moral yang diatur oleh hak dan kewajiban timbal balik. Tidak kurang, seperti Rizal bertanya, "Apa gunanya kemerdekaan jika budak dari hari ini akan menjadi tiran besok?"

Rizal merupakan pelopor sebuah masyarakat yang terbuka, berbanding dengan tanggapan orang mengenai beliau sebagai seorang ahli revolusi kemerdekaan. Sebagai ketua gerakan Propaganda Movement pelajar-pelajar Filipina di Sepanyol, beliau telah menyumbang beberapa rencana kepada suratkhabar La Solidaridad di Barcelona dengan agenda-agenda yang berikut:
  • Filipina menjadi salah satu provinsi Sepanyol
  • Perwakilan di Cortes (Parlimen)
  • Paderi-paderi Filipina dan bukan paderi Sepanyol di gereja di Filipina
  • Kebebasan berhimpun dan bersuara
  • Hak yang sama di sisi undang-undang (untuk rakyat Filipina dan penguasa Sepanyol)
Jikalau usulan ini diterima, novel yang dikarang Rizal boleh dibenarkan oleh kerajaan untuk disebarkan kepada orang awam. Namun penjajah Sepanyol tidak bersedia menerima pendapat Rizal dan apabila beliau pulang ke Manila pada 1892, beliau dituduh ingin menggulingkan kerajaan dan dibuang ke Dapitan, Mindanao.
Rizal sekali lagi dituduh bersubahat oleh kerajaan kolonial apabila sebuah gerakan kemerdekaan, Katipunan cuba untuk memberontak. Rizal ditangkap dan dihukum atas tuduhan hasutan (sedition). Rizal menerima hukuman tembak sehingga mati dari skuad penembak dan akan berlansung di Bagumbayan (kini Rizal Park, di Manila. Beliau diberi peluang untuk menghindari hukuman tersebut dengan berkhidmat sebagai doktor di Cuba  , namun beliau menolak tawaran itu. Sehari sebelum hukuman dijatuhkan, beliau telah mengarang sajak, "Mi Último Adiós" (Selamat tinggalku yang Terakhir). Jose Rizal, bersama Mohandas Gandhi dari India dan Sun Yat-sen dari Taiwan boleh dianggap sebagai ketua-ketua kemerdekaan Asia yang ulung.
Hari peringatan kematian Jose Rizal adalah 30 Disember dan adalah hari cuti di Filipina. Petikan daripada surat terakhirnya: Prof. Fernando Blumentritt -
Saudaraku, apabila anda menerima surat ini, saya telahpun meninggal. Besok pada pukul 7, saya akan ditembak: tetapi saya tidak bersalah dari jenayah pemberontakan....
My dear Brother, when you receive this letter, I shall be dead by then. Tomorrow at 7, I shall be shot; but I am innocent of the crime of rebellion...

Di mata orang lain, Rizal meninggal adalah sebuah "kegagalan," hanya korban lain dari rezim brutal. Di mata orang Filipina, ia meninggal dengan cara Kristus telah mati. Rizal memberikan hidupnya untuk menebus Filipina.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Media Blogger